Orang Gila Mengamuk Di Sekolah, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Budak Ini Sungguh Mengejutkan

China - Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman telah melakukan satu tindakan yang amat mengejutkan terhadap kanak-kanak di sebuah sekolah SD Tiongkok dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Insiden itu dikatakan berpunca setelah lelaki itu berselisih faham dengan seorang jirannya atas masalah kewangan.

Lelaki yang dikenali sebagai Chen Zuihang berusia 25 tahun itu telah bertindak mengambil sebilah pisau pemotong daging ke sekolah SD di Provinsi Hubei Kota Macheng.

Di sana, dia mula menyerang kanak-kanak secara rambang. Akibat daripada itu, lapan pelajar terluka dengan satu kanak-kanak dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Polis Tiongkok telah berjaya menangkap lelaki itu selepas dua minit insiden itu berlaku. Setelah berlakunya insiden serangan pisau di sekolah tersebut, pihak pemerintah Tiongkok menganjurkan sekolah-sekolah untuk mengambil pengawal keselamatan sebagai langkah pencegahan.

Insiden begini juga telah pernah dilaporkan terjadi yang mengakibatkan 23 kanak-kanak terluka setelah serangan di Provinsi Henan pada tahun 2012 lalu. - MEDIA PANASS

Back To Top