Di Tahan Polis Selepas Pengsan

NORTH ROYALTON, OHIO - Satu pasangan mabuk di tangkap di dalam sebuah kereta pada hujung minggu lalu oleh pihak polis dalam keadaan mabuk dan telanjang.

Glenn Mcie dan juga pasangannya Shannon Mulcahy, dikatakan telah minum di sebuah bar di hujung bandar itu. Tujuannya adalah selepas mereka terpaksa untuk berpindah rumah.

Pasangan ini kemudiannya menuju ke arah kereta Cherokee Grand mereka, dan memutuskan untuk memarkir di satu kawasan khusus dalam keadaan lampu yang masih menyala.

Keduanya mula bertelanjang dan memulakan hubungan intim mereka sehingga mereka berdua pengsan.

Ketika polis North Royalton menemukan kenderaan mereka pada pukul 2:15 pagi, pasangan ini masih di dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi.

Beliau didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Setelah dipaksa ke kereta polis, dia mula menghantukkan kepalanya ke arah tingkap kereta polis.

Setelah itu, wanita itu pula memutuskan untuk menghantukkan kepalanya ke tingkap kereta polis sambil duduk di dalam mobil polis.

Pasangan ini akan didakwa di mahkamah pada 12 Mei ini. - MEDIA PANASS

Back To Top